Monday, August 5, 2013

Biskut Oat Susu

Bahan2

500gm oat
300gm tepung gandum
230gm gula kastor
250gm butter
1 sudu kecil emplex
75gm serbuk koko
50gm serbuk gajus
50gm badam cincang
7 sudu besar minyak sapi
susu tepung nespray ~ untuk disalut


CARA MEMBUATNYA :-

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Campur semua bahan kecuali minyak sapi.
Kacau hingga sebati dan kemudian barulah dimasukkan minyak sapi dan uli adunan hingga lembut.
Canai dan terap adunan mengikut acuan yang disukai.
Bakar pada suhu 175C selama 25 minit.
Selepas biskut sejuk salutkan dengan susu tepung.

Saturday, August 3, 2013

green peas cookies



Bahan2:-

250 gm kacang hijau
250 gm tepung gandum
125gm gula icing
150gm-160gm minyak jagung Daisy- adjust ikut kesesuaian doh


Cara-cara:

Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk.
Campur dengan tepung dan gula.
Last sekali masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh. Atau masukkan semua bahan-bahan dalam mixer dan mixer sebatikan hingga menjadi doh.
Bentukkan bulat-bulat. 
Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan

:: suhu adjust ikut suhu oven sendiri ye.. (cth: bakar pada suhu 165 C selama 22 minit)