Monday, August 5, 2013

Biskut Oat Susu

Bahan2

500gm oat
300gm tepung gandum
230gm gula kastor
250gm butter
1 sudu kecil emplex
75gm serbuk koko
50gm serbuk gajus
50gm badam cincang
7 sudu besar minyak sapi
susu tepung nespray ~ untuk disalut


CARA MEMBUATNYA :-

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Campur semua bahan kecuali minyak sapi.
Kacau hingga sebati dan kemudian barulah dimasukkan minyak sapi dan uli adunan hingga lembut.
Canai dan terap adunan mengikut acuan yang disukai.
Bakar pada suhu 175C selama 25 minit.
Selepas biskut sejuk salutkan dengan susu tepung.

Saturday, August 3, 2013

green peas cookies



Bahan2:-

250 gm kacang hijau
250 gm tepung gandum
125gm gula icing
150gm-160gm minyak jagung Daisy- adjust ikut kesesuaian doh


Cara-cara:

Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk.
Campur dengan tepung dan gula.
Last sekali masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh. Atau masukkan semua bahan-bahan dalam mixer dan mixer sebatikan hingga menjadi doh.
Bentukkan bulat-bulat. 
Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan

:: suhu adjust ikut suhu oven sendiri ye.. (cth: bakar pada suhu 165 C selama 22 minit)

Tuesday, July 30, 2013

Meatball!!!!!

Resepi :

400gm Daging Cincang Ramly (1paket)
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrumb itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey..
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian goreng dgn butter skit guna non-stick pan..


Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube pati daging*


Cara-caranya:

1. Cairkan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomato itu tadi hancur 

::  kalo ikut resepi betul2 rasa gravy tu da perfect n xyah tmbah garam..


Biskut dahlia a.k.a semperit



Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung kastard - diayak
1 1/2 cawan tepung jagung - diayak
1/2 cawan tepung gandum - diayak
3/4 cawan gula halus - (kalo nk manis isi lebih sket.. 1/2 cawan ke)
1/2 cawan mentega
3 biji kuning telur (ada yg isi 1 bijik je -ikt suke la)
1 sudu esen vanilla (nk kasi wangi)

Cara2:

1. pukul mentega dan gula halus (dlm 5-10 mnt)
2. masukkan kuning telur n vanilla. kacau sehingga sebati 
3. masukkan semua tepung yang telah diayak sedikit-sedikit dan ulikan 
4. masukkan dalam acuan dan picit ke dalam dulang 
5. bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celsius dlm 10 minit


:: kueh peberet ayah.. hihiiii... ::

Popia Nestum



Bahan:

Kulit popia (blh gna 1 paket yg ada 50 keping tu)
Nestum 3 in 1 (blend sampai halus)
Tepung gandum*
Air *
Minyak utk menggoreng


Cara:

1) Satukan bahan yg bertanda * bagi dia jadi mcm gam, jgn likat sangat.. utk lekatkan kulit popiah je. Ketepikan.

2) Gulung kulit popia.. jgn gulung padat sangat .. nanti goreng dia jadi padat & keras.. gulung tu longgar2 sket.

3) Guna bancuhan tepung tadi utk lekatkan kulit popia. Sapu sikit je kat bahagian hujung kulit popiah. Jgn tindih2 kulit popiah yg digulung tu nnt penyet. Ulang step ni sampai habis gulung kulit popia.

4) Lepas tu gunting serong popia yg dah digulung tadi. Gunting serong spya dia jadi cantik..kembang je bila digoreng.. nampak layer2.

5) Goreng dlm minyak panas.. minyak kena banyak.. pastu tos myk oke.

6) Bila dah sejuk gaul dgn nestum 3 in 1.


:: Utk 1 paket kulit popiah 50 keping, guna 7-8 paket nestum 3 in 1.


(: Selamat mencuba :)